Jan Vertonghen menjulang kejayaan Belgium mengesahkan slot ke Piala Dunia 2018 sementara Thibaut Courtois menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Greece, awal pagi tadi, sebagai corak yang perlu mereka terapkan di Russia.
Skuad bimbingan Roberto Martinez itu bergelut untuk memecah kebuntuan di Piraeus sehingga minit ke-70 apabila Vertonghen meledak gol pembukaan dari jarak jauh sebelum Zeca menyamakan kedudukan selang beberapa minit.
Belgium kembali bernyawa apabila Romelu Lukaku meledak gol kemenangan menerusi tandukan hasil hantaran lambung Thomas Meunier, sekaligus menempah tiket ke Russia.
Vertonghen mengakui perlawanan berlangsung sengit tetapi bertekad meraikan kejayaan negaranya.
"Mereka tampil dengan aksi hebat, mereka banyak menggunakan hantaran tinggi dan serangan balas. Meskipun permainan kami kurang memuaskan, kami berjaya mara.
"Kami mendapat peluang terbuka dalam babak kedua dan berjaya meledak gol tetapi mereka juga hampir menghukum kami.
"Kami akan pulang ke Belgium dan meraikan kejayaan ini."