Skip to main content

Bola Sepak

Belasungkawa: Bekas penasihat Astro Arena -- Hishamuddin Aun meninggal dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hishamuddin-aun.jpg
Bekas penasihat Astro Arena dan Astro Awani, Datuk Hishamuddin Aun, meninggal dunia di Hospital Sultan Idris, Serdang, sebentar tadi. 

Allahyarham menabur bakti di Astro Arena hampir sedekad dengan warna-warni pengalaman dunia kewartawanan sejak 45 tahun lalu dan selain sukan, kepakaran Hishamuddin meliputi isu jenayah dan mahkamah.

Allahyarham -- bakal berusia 64  tahun November depan -- sebelumnya turut memegang portfolio bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NSTP), Pengarang Harian Metro, Pengarang Sukan Berita Harian.

Pada Julai lalu, Hishamuddin menerima Anugerah Penghargaan Khas dalam satu majlis Anugerah SAM-100PLUS 2024 anjuran Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, sejak beberapa minggu lalu, kesihatannya semakin merosot kerana Influenza A dan dimasukkan unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Idris. 



 

Advertisement

Must Watch Video