Skip to main content

Bola Sepak

Bekas pemain Athletic sah tinggalkan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iker.jpg
Iker Undabarrena mengucapkan selamat tinggal kepada juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), meskipun saingan Liga Malaysia (Liga-M) belum berakhir.

Pemain berusia 30 tahun itu berkongsi perkembangan terkini menerusi Instagramnya yang menyaksikan dia sempat meluahkan ucapan ringkas, sambil berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

 


Meninjau laman Transfermarkt, difahamkan kontraknya bersama jaguh Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu bakal tamat pada tahun hadapan, namun Undabarrena dilihat memilih untuk mengakhiri perjanjian lebih awal. 

Secara keseluruhan, bekas tonggak Athletic itu sudah melakukan 19 penampilan.

Musim ini, menyaksikan dirinya sekadar beraksi selama 33 minit sahaja menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Ogos lalu. 
JDT

Bergaya Dengan JDT

Baju stylo untuk semua peminat JDT. 100% Cotton.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video