BOLA SEPAK

Bekas kelab Matyo bakal uji kekuatan Borussia Dortmund

Stadium Astro
Saufi Tahir
27/06/2024
08:37 MYT
Sponsor Banner
Bekas kelab Matyo bakal uji kekuatan Borussia Dortmund
Kelab divisyen satu liga Thailand, BG Pathum, bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang finalis Liga Juara-Juara UEFA (UCL) iaitu Borussia Dortmund.
kelab yang diwakili nama besar seperti Ikhsan Fandi, Chanathip Songrasin dan Teerasil Dangda itu dijangkakan bakal berlangsung menentang kelah jaguh dari Jerman itu di Stadium BG Pathum pada 21 Julai depan.
Borussia Dortmund berjaya melangkah ke pusingan akhir UCL walaupun tewas 2-0 kepada Real Madrid sejak kali terakhir pada musim 2013 di Stadium Wembley, London.
Sebelum ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi antara pasukan dari Malaysia yang pernah menguji kekuatan pasukan hitam kuning itu di Stadium Sultan Ibrahim dengan menyaksikan perlawanan berakhir dengan tewas 1-4, dan jaringan sulung JDT hadir menerusi Arif Aiman Hanapi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video