Skip to main content

Bola Sepak

Bekas juara Piala Malaysia antara calon ketua jurulatih KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Syed Yazid Syed Omar, mengesahkan pihaknya sedang meneliti beberapa nama bagi mengisi jawatan ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Selain Sulaiman Hussin, Syed Yazid turut memaklumkan seorang lagi calon berstatus bekas pemain yang pernah menjulang kejuaraan Piala Malaysia bersama skuad Warga Kota era 80-an.

Jelasnya, segala keputusan hanya akan diputuskan ketika Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang dijadualkan bersidang di Cheras pada 7 Mei depan.


"Kami akan kami bentangkan nama calon jurulatih dalam mesyuarat. 


"Jadi kedudukan Sulaiman sebagai jurulatih tidak dapat diputuskan sekarang. (Ada juga) bekas pemain yang pernah menang Piala Malaysia bersama Kuala Lumpur.





"Apa pun ia akan dibuat keputusan secara bersama dalam mesyuarat exco," katanya kepada Nadi Arena.  

Syed Yazid turut mengakui tindakan badan pengelola, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), yang melanjutkan permohonan lesen kebangsaan sebagai satu keputusan wajar.

Dengan situasi semasa Liga-M, dia menganggap keputusan drastik itu sebagai talian hayat buat mana-mana kelab terutama yang sedang bergelut dengan isu kewangan.

"Mungkin ada sesetengah pasukan yang dalam proses pemilik dan penaja. 

"Mungkin ia wajar tapi ia tidak boleh dibiarkan selalu. Tapi dalam keadaan sekarang, banyak pasukan yang bakal tiada jadi MFL telah buat keputusan yang betul," katanya. 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video