Carlo Ancelotti percaya pasukan Bayern Munich kendaliannya kurang fokus dalam kekalahan 2-0 mereka kepada Hoffenheim, semalam.
Juara Bundesliga itu jelas ketandusan idea dalam kawasan sepertiga terakhir padang sambil gol berganda Mark Uth memberikan Hoffenheim mata penuh.
Di sebalik Ancelotti kekal bersemangat denan persembahan keseluruhan Bayern, dia turut mendapati pasukannya kurang fokus untuk menembusi benteng pertahanan Hoffenheim.
“Ia satu perlawanan yang sukar. Kami banyak mencuba dan memiliki beberapa peluang,” katanya.
“Ini berlaku dalam bola sepak. Hoffenheim mendapat tiga peluang dan menyumbat gol dua kali. Keseluruhannya, kami tidak begitu padu.
"Prestasi kami OK tapi kami tidak di tahap 100 peratus, dan 95 peratus saja tidak mencukupi.
"Tapi dalam bebrapa situasi, kami tidak fokus sepenuhnya. Kami tidak dapat membuka banyak ruang dan ia tidak begitu menjadi hari ini. Tapi kadang-kala ia berlaku.”
Sementara itu, pengurus Hoffenheim, Julian Nagelsmann, yang pasukannya sudah meraih dua kemenangan berturut-turut ke atas gergasi Bavaria itu selepas satu rentetan 17 perlawanan tanpa kemenangan, menghamburkan pujian terhadap persembahan pemain-pemainnya.
“Kami sangat gembira atas kemenangan ini,” kata pengurus berusia 30 tahun itu.
"Kami amat menjengkelkan dalam setiap statistik kecuali gol-gol yang dijaringkan. Pasukan saya tidak terjejas oleh penguasaan Bayern dan (Robert) Lewandowski terlepas peluang-peluang, jadi kami sangat bernasib baik.
"Tapi banyak yang telah kami lakukan dan kami membuktikan kami sebuah pasukan yang amat bersemangat.”