Bayern Munich dilaporkan sudah berkira-kira untuk berbelanja besar tanpa menunggu jendela perpindahan musim panas depan apabila sedang cuba menebus kontrak pemain sayap Leeds United, Raphinha.
TNT Sports mendedahkan Bayern telah membentangkan tawaran sebanyak €50 juta (RM237.4j) kepada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam memburu khidmat pemain antarabangsa Brazil tersebut dan perjanjian berkenaan hampir dimuktamadkan.
Raphinha menyertai Leeds daripada Rennes pada 2020 dengan kontrak empat tahun dan sejak itu telah menyumbang 14 gol dan 10 bantuan jaringan dalam 47 penampilan buat kelab Yorkshire itu.
Dia dianggap tonggak utama sekalipun ketika ini kelab itu bergelut di tangga ke-16.
Perlawanan dengan Liverpool pada malam ini ditunda kerana COVID-19 tetapi mereka akan melayani kunjungan Aston Villa, Rabu depan.