Skip to main content

Bola Sepak

Baru menang UEL, Tottenham Hotspur pecat jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ange1.jpg
Satu keputusan yang tidak dijangka, namun bukan kejutan? 

Dua minggu selepas merangkul kejuaraan Liga Europa (UEL), Tottenham Hotspur memecat ketua jurulatih, Ange Postecoglu, selepas dua musim bersama kelab itu. 

Meskipun mengharungi kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan prestasi tidak menentu, selain menutup saingan dengan kedudukan ke-17, sekurang-kurangnya mereka mengakhiri kemarau trofi selama 17 tahun buat kali pertama. 

Ia sekali gus, menyaksikan Spurs menamatkan penantian selama 40 tahun untuk pasukan itu bergelar juara di peringkat Eropah selepas kali terakhir berbuat demikian pada 1984. 

 

Pengendali berusia 59 tahun itu merupakan pengurus pertama dipecat selepas memenangi piala utama seperti Antonio Conte dibuang Chelsea pada musim 2017/18.

Untuk rekod, Spurs telah tewas sebanyak 26 perlawanan dalam semua pertandingan, menjadikan ia paling banyak dalam sejarah kelab untuk satu musim.

"Berdasarkan persembahan dan beberapa siri analisis, kelab membuat keputusan untuk melepaskan Ange Postecoglu bermula hari ini," katanya dalam satu kenyataan. 

Advertisement

Must Watch Video