Barcelona mengesahkan bahawa Lamine Yamal mengalami kecederaan buku lali dalam kekalahan 0-1 kepada Leganes, semalam.

Dan ini bermakna dia akan terlepas pertembungan getir LaLiga dengan Atletico Madrid, Ahad ini.

Yamal digantikan oleh Gavi di Camp Nou pada minit ke-75 dengan ujian imbasan mendedahkan pemain berusia 17 tahun itu menderita koyakan ligamen tahap satu di buku lalinya.

Bintang remaja Sepanyol itu itu berada dalam prestasi mengagumkan untuk pasukan bimbingan Hansi Flick itu musim ini dengan merekodkan enam gol, 12 bantuan jaringan dalam 21 penampilan.




Hanya Raphinha (60) yang mencipta lebih banyak peluang berbanding Yamal (29) untuk Barcelona dalam kempen liga, ​​manakala pemain Sepanyol itu kejayaan menggelecek tertinggi, 51 kali, musim ini.

"Yamal dijangka akan diketepikan selama tiga hingga empat minggu," kata kelab itu dalam satu kenyataan.