Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona perlukan gol sendiri demi lakar kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

robert.jpg
Barcelona memerlukan gol sendiri untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas pasukan yang berdepan penyingkiran, Leganes bagi melindungi kelebihan mereka selaku pendahulu LaLiga.

Pertahanan tengah Leganes, Jorge Saenz tergelincir ketika menghentikan hantaran Raphinha menuju ke arah Robert Lewandowski dan secara tidak sengaja menolak bola ke gawang sendiri pada minit ke-48 untuk gol tunggal perlawanan semalam.

Kesilapan itu menjejaskan prestasi yang sebaliknya kuat dari pasukan selatan Madrid, yang menjana lebih banyak peluang menjaringkan gol daripada pendahulu.

Kemenangan yang diperoleh dengan susah payah itu melebarkan pendahuluan Barcelona kepada tujuh mata ke atas Real Madrid sebelum penyandang gelaran itu melawat Alaves. 

Selepas hujung minggu ini terdapat tujuh lagi pusingan, termasuk 'El Clasico' bulan depan.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video