Ernesto Valverde berkata Barcelona mengesyaki Ousmane Dembele mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Getafe, awal pagi tadi.
Dembele terpaksa dikeluarkan dalam babak pertama, meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan itu dalam percubaan melakukan kuisan tumit berhampiran bendera sepakan sudut.
Barca mengesahkan bahawa pemain berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan di kaki kirinya dan akan menjalani pemeriksaan bagi menentukan tahap kecederaannya.
Valverde bimbang otot anak buahnya itu koyak, namun berkata dia akan terus menanti keputusan pemeriksaan terlebih dahulu.
"Dia mungkin akan diketepikan untuk tempoh lama," Valverde memberitahu media.
"Ia masalah otot. Mungkin ototnya koyak.
"Saya berharap dia akan kembali lebih kuat kerana dia baru sahaja menyesuaikan diri dengan dinamika pasukan ini."
Dibeli dengan yuran perpindahan GBP100 juta (RM569 juta), bekas pemain sayap Borussia Dortmund itu membuat penampilan pertamanya bersama Barca dalam saingan Liga Juara-Juara berdepan Juventus, Selasa lalu.