Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona hanya 'geletek' Napoli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gattuso.jpg
Barcelona hanya "geletek" Napoli, kata ketua jurulatih, Gennarro Gattuso, yang memuji prestasi pemainnya ketika mengikat pasukan gergasi Sepanyol itu 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Stadium San Paolo awal pagi tadi.

Dries Mertens menyamai rekod jaringan tertinggi sepanjang zaman Napoli untuk meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan sebelum Barca menyamakan kedudukan menerusi gol Antoine Griezmann sebelum sejam perlawanan.

Napoli, yang amat berdisiplin dan kompak ketika bertahan, tidak bernasib baik untuk memperoleh lebih jaringan ketika Lionel Messi dan Barca bergelut dalam perlawanan itu.

"Sejak (ketua jurulatih Barca, Quique) Setien tiba, mereka amat sistematik untuk meletakkan lima atau enam pemain di depan. Mereka tidak melakukan hantaran yang sia-sia," katanya kepada Sky Sport Italia.

"Mereka memaksa anda untuk bertahan ke belakang dan kami terpaksa bermain seperti itu kerana jika terdapat ruang di belakang, mereka dapat memudaratkan kami.

"Saya fikir mereka tidak dapat menjejaskan kami malam ini, mereka sukar untuk melakukan percubaan ke gawang.

"Mereka mungkin terus begitu dan tidak dapat menjaringkan gol tetapi kami dibolosi gara-gara satu kesilapan.

"Mereka tidak dapat menyakiti kami, ia hanya geletekan kecil," katanya.

 

Mertens meletakkan Napoli di depan menerusi sepakan lencong pada minit ke-30 selepas tekanan yang dilakukan oleh rakan sepasukannya, Piotr Zielinski.

Napoli juga memiliki beberapa peluang untuk melebarkan kedudukan tetapi Barca berhasil menyamakan kedudukan menerusi Griezmann pada minit ke-57 sebelum Arturo Vidal dilayangkan kad merah pada lewat permainan.

"Kami sepatutnya lebih bagus dalam beberapa serangan balas tetapi pasukan ini melakukan apa yang kami perlu lakukan.

"Kami tidak membenarkan mereka melakukan banyak percubaan.

"Saya sedikit kecewa kerana kami tidak membina permainan dari bawah dan tidak menguasai permainan.

"Tetapi sedikit keletihan pasti kelihatan apabila anda berusaha keras sepanjang permainan.

"Secara logiknya, kelayakan ini masih terbuka luas, kami masih mempunyai masa untuk bersedia menghadapi perlawanan kedua dan mereka akan kehilangan Sergio Busquets dan Arturo Vidal kerana penggantungan perlawanan.

"Tugas kami adalah untuk ke sana dan berusaha untuk melayakkan diri.

"Napoli mempunyai ramai pemain yang hebat, Barcelona memiliki lebih daripada itu.

"Tetapi jika kami bermain dengan fokus, kami akan berpeluang," tambahnya.

Barca akan menantikan kunjungan Napoli dalam aksi timbal balik di Camp Nou pada 18 Mac ini.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video