UCL

Barcelona dedah Lamine Yamal teguh berpuasa

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
10/03/2025
01:12 MYT
Sponsor Banner
Barcelona dedah Lamine Yamal teguh berpuasa
Barcelona menafikan khidmat Lamine Yamal akan dihadkan sempena Ramadan ini selepas penyerang itu dikeluarkan pada minit ke-56 ketika bertemu Benfica di Lisbon, minggu lalu.
Kelab itu sebaliknya menaruh kepercayaan terhadap pakar pemakanan skuad pertama, Silvia Tremoleda, untuk menyelia diet pemain-pemain dan tindakan mengeluarkan Yamal di Lisbon adalah semata-mata didorong sebab taktikal.
Apatah lagi Yamal mempunyai hubungan rapat dengan neneknya, Fatima, yang kini menunaikan umrah.
Pemain berusia 17 tahun itu kini tinggal di sebuah flat di Sant Joan Despi, sejak meninggalkan akademi La Masia dan dia berpeluang berkumpul bersama keluarganya di rumah bapa saudaranya, Abdul, di Rocafonda.
Dalam masa sama, Barça telah berpesan kepadanya agar mengawal pengambilan makanannya pada hari-hari sebelum setiap perlawanan, tetapi kelab itu agak tenang berdasarkan pengalaman mengendalikan Franck Kessie dan Moussa Dembele yang turut menyambut Ramadan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video