Presiden Barcelona, Joan Laporta, memberitahu dunia bola sepak agar bersedia dengan kebangkitan mereka, malah dia enggan menolak prospek mendapatkan Erling Haaland tahun ini.
Pasukan Catalan itu mempersembahkan ketibaan bintang baru, Ferran Torres, yang dibeli daripada Manchester City dalam satu perjanjian yang mencecah harga €55 juta (RM260j).
Ketibaan pemain antarabangsa Sepanyol itu berlaku di sebalik masalah kewangan yang menghimpit Barca dengan hutang mereka meningkat melebihi €1.2 bilion (RM5.6b) tahun lalu.
Bagaimanapun, Barca belum dapat mendaftarkan sebarang muka baru dan mereka perlu melepaskan beberapa pemain terlebih dahulu atau berisiko melebihi had gaji yang ditetapkan -- punca yang sama pendaftaran tonggk veteran, Dani Alves, masih tertangguh.
Di sebalik kekangan kewangan, ahli lembaga kelab pada bulan lalu meluluskan projek Espai Barca yang bernilai €1.5b (RM7.0b), ia akan menyaksikan pembaikan di Camp Nou serta kemudahan lain selain khabar angin terus bertiup bahawa mereka sedia memancing Alvaro Morata menerusi perjanjian pinjaman dalam jendela perpindahan ketika ini.
Terdapat juga spekulasi bahawa Barca akan menjadi pilihan utama untuk menandatangani bintang Borussia Dortmund, Haaland, pada tahun ini tetapi Laporta belum sedia memperincikannya.
Ditanya mengenai Haaland secara khusus, dia memberitahu pemberita: "Sebolehnya saya tidak mahu menyebut nama tertentu. Ia sama sekali tidak akan membantu. Ia hanya akan meningkatkan nilai mereka.
"Kami sedang berusaha untuk memenuhi permintaan barisan kejurulatihan. Hari ini, kami mempunyai pemain yang berasal dari Valencia, Ferran, dan kami berbangga kerana warga Catalan dan Valencia adalah saudara paling rapat.

"Barca adalah penanda aras di pasaran dan setiap pasukan menganggap kami sebagai contoh ikutan. Kami mempunyai skuad yang dalam pembikinan dan tidak lama lagi kami akan melihat kebangkitan pasukan.
"Ferran adalah buktinya: dia seorang pemain berkualiti tinggi yang menunjukkan keinginan untuk datang ke Barca, ini bermakna kebangkitan kami akan menjadi realiti.
"Semua orang patut bersiap sedia. kami akan bangkit."