Skip to main content

Bola Sepak

Bapa dedah Faisal Halim sudah mulakan senaman ringan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim.jpg
Bapa pemain Selangor FC, Faisal Halim, sudah mula melakukan senaman ringan di samping meneruskan sesi fisioterapi.

Menurut Bernama, Abdul Halim Saad memaklumkan pemain kebangsaan itu sudah 95 peratus. 




"Terima kasih kepada pengurusan Selangor FC yang beri sepenuh perhatian kepada dia. 

"Mental dia kuat sebab jiwa dia, jiwa bola... dia pun sudah tak fikir benda lain dan hanya mahu kembali bermain bola," katanya kepada Bernama ketika menghadiri Klinik Bola Sepak Madai di Padang Awam Jawi, Pulau Pinang, pagi tadi. 

Faisal melecur di tahap empat akibat diserang dengan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pasar raya di ibu kota pada 5 Mei lalu sebelum dibenarkan keluar hospital 20 hari kemudian. 

Sertai Ultimate Liga Super Fantasy dan rebut peluang menangi hadiah sepanjang musim, klik di sini 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video