LIGA SUPER MSIA

'Banyak perkara menakjubkan, terima kasih untuk lima tahun'

Stadium Astro
Saufi Tahir
19/03/2025
05:03 MYT
Sponsor Banner
'Banyak perkara menakjubkan, terima kasih untuk lima tahun'
Pertahanan berpengalaman Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, berkongsi perasaan syukur dengan keputusannya untuk beraksi Bersama pasuannya kini dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia.
Menerusi laman Instagram, dia menjelaskan: "Semua, saya cuma mahu mengucapkan terima kasih. Lima tahun terakhir ini cukup menakjubkan dan saya bersyukur untuk anda semua Malaysia.
"Banyak perkara luar biasa dalam masa depan saya dan saya amat berterima kasih kepada anda semua,"
Malah, Bekas pemain Tottenham B-21 itu kini teruja dengan kehadiranya rakan sepasukan, barisan kejurulatihan serta penyokong sepanjang bersama skuad Warga Kota itu yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya.
"Ramai rakan sepasukan dan staf kejurulatihan kini sudah seperti saudara, ramai penyokong yang hebat menjadi ahli keluarga tambahan.
"Terima kasih banyak untuk lima tahun yang penuh dengan kesyukuran! Saya teruja untuk mempunyai masa depan bersama keluarga dan saya bersyukur kepada Tuhan setiap hari kerana kita memutuskan untuk datang ke Malaysia. Saya bersyukur dan bersyukur." katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video