Kapten Tottenham Hotspur, Song Heung-min, percaya kekalahan 0-1 Spurs di tangan AZ Alkmaar dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Europa (UEL) sebagai 'amaran besar' buat pasukan itu.
Gol ke gawang sendiri gara-gara kesilapan Lucas Bergvall menjadi perbezaan di antara kedua-dua pasukan selepas Spurs mencatatkan hanya satu percubaan tepat ke arah gol Alkmaar.
"Kami tidak sepatutnya pamer prestasi sebegini," kata Son selepas perlawanan itu.
"Kecewa pasukan pamer prestasi tidak memberangsangkan, termasuklah saya."
Dalam pada itu, Harapan Tottenham untuk meraih piala musim ini akan berakhir jika mereka tidak berjaya pamer prestasi cemerlang dalam perlawanan kedua di London pada Khamis depan.
"Kekalahan menentang AZ Alkmaar menjadi panggilan untuk bangkit dalam aksi seterusnya, di mana perlawanan tersebut adalah perlawanan paling penting musim ini," tambah kata Kapten Spurs itu.
Pengendali Tottenham, Ange Postecoglou juga menyuarakan sentimen sama.
"Bukan malam yang baik untuk pasukan, keputusan dan persembahan yang mengecewakan," kata Postecoglou.