Pemain bintang Real Madrid, Gareth Bale, menganggap ejekan yang ditujukan kepadanya oleh penyokong sendiri sebagai perkara biasa selepas kembali meledak gol buat pasukan itu, awal pagi tadi.
Bale sering diejek dan dikecam segelintir penyokong Madrid yang dikhabarkan tidak berpuas hati dengan persembahan bintang Wales itu musim ini.
Bagaimanapun, dia meledak gol ketiga dalam kemenangan 3-1 ke atas Real Sociedad, gol pertamanya bulan ini.
Bale berkata ejekan itu sudah pun dijangka, namun dia lebih gemar untuk fokus dengan aksinya di atas padang.
"Ia perkara normal. Ini berlaku dalam bola sepak. Yang penting, saya terus bekerja keras," dia memberithau Movistar Partidazo.
"Ini sahaja yang saya boleh lakukan. Saya tidak boleh mengawal apa yang berlaku di luar padang. Dalam setiap karier pemain, ada naik turun. Yang penting adalah mencari jalan untuk bangkit."
Ini merupakan kemenangan pertama Madrid selepas tiga aksi liga, sekaligus memastikan mereka empat mata di belakang pendahulu, Barcelona.
Bale mengakui kemenangan itu amat penting selepas merekodkan keputusan seri dua kali berturut-turut.
"Saya berasa lega kerana dapat menjaringkan gol," katanya.
"Tetapi apa yang paling penting adalah mengutip tiga mata untuk pasukan, terutama di saat kami memerlukan kemenangan."