Gareth Bale masih kurang kualiti untuk mengetuai Real Madrid sejak Cristiano Ronaldo tiada di kelab itu, kata bekas penyerang, Pedrag Mijatovic.
Bale terpaksa dibawa keluar semasa rehat ketika Los Blancos mendahului 2-1 sebelum diikat seri 2-2 oleh Villareal dalam aksi LaLiga, awal pagi semalam.
Ia merupakan kali ke-15 buat bintang Wales itu terpaksa digantikan musim ini dalam semua kejohanan tatkala dia dihantui masalah kecederaan dalam tiga musim terakhir.
Dan Mijatovic, yang memenangi empat trofi ketika bersama Madrid pada 1996 sehingga 1999, mempersoalkan sama ada Bale mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo selepas penjaring terbanyak sepanjang zaman Los Blancos itu berhijrah ke Juventus.
"Ia memalukan buat Bale," kata Mijatovic.
"Saya sukakannya tetapi dia masih belum layak untuk menjadi ketua buat pasukan seperti Real Madrid selepas penghijrahan Ronaldo. Agak membimbangkan apabila melihat dia sering mengalami kecederaan."
Dalam aksi di Stadium De La Ceramica semalam, pengendali Madrid, Santiago Solari, melakukan beberapa pertukaran yang menimbulkan tanda tanya daripada Mijatovic tatkala ia dilihat membenarkan Santi Cazorla menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82.
Luka Modric yang mengalami selesema sebelum perlawanan terpaksa digantikan oleh Federico Valverde pada minit ke-64 sambil Vinicius Junior masuk menggantikan Toni Kroos.
"Jika pemain memulakan perlawanan dan berasa bagus, biarkan mereka," tambah Mijatovic.
"Kalau mereka meminta untuk digantikan, mungkin perlu tetapi jika tidak, itu membingungkan saya.
"Penggantian Modric adalah satu kesilapan. Begitu juga dengan Kroos."