Skip to main content

Bola Sepak

Balde bukan pengganti Mbappe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

keitabalde-cropped_zx0hrjkma0g11hncxkok0f0g1.jpg
Pemain Senegal, Kkeita Balde, menegaskan bahawa dia tidak datang ke Monaco untuk menggantikan tempat bintang muda yang baru menyertai Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.

Keita menyertai skuad kendalian Leonardo Jardim dari Lazio menerusi perpindahan hampir EUR30 juta (RM151 juta) selepas bersetuju dengan tawaran kontrak selama lima tahun.

Bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun itu yang juga berasal daripada program pembangunan Barcelona, mahu dinilai berdasarkan kualiti yang dimilikinya sendiri dan bukan dibandingkan dengan Mbappe.

"Saya tidak mengenali Mbappe secara peribadi tetapi saya tahu dia seorang pemain yang hebat.

"Saya datang ke sini bukan untuk menggantikannya. Dia dan saya mempunyai gaya permainan yang berbeza," kata Balde.

Dia bakal melakukan penampilan pertama buat Monaco apabila turun menentang Nice, esok.

Advertisement

Must Watch Video