BOLA SEPAK MSIA
Bakal presiden baru FAM mahu perkasa idea Hamidin
Bakal presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Joehari Mohd Ayub, mahu menjadikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai mentor menerajui kepimpinan selain memperkuat badan induk itu.
Menurut Joehari, segala perancangan di bawah era Hamidin sudah diatur dan akan ditambah baik bagi memperkasa setiap program yang telah dirangka untuk mengangkat semula bola sepak negara di pentas dunia.
"Selama ini, kami sebagai exco juga mengikuti apa yang Tan Sri Hamidin Mohd Amin lakukan. Tidak akan ada perkara yang baru, cuma kami akan menambah baik setiap aspek bola sepak kebangsaan," katanya di Nadi Arena.
Iklan
Menjelang kongres ke-61 FAM bulan depan, Joehari bakal diumumkan secara rasmi mengisi 'kerusi panas' FAM itu susulan Hamidin tidak akan mempertahankan jawatannya tersebut.
“Kita banyak belajar daripada Tan Sri”, Datuk Joehari Ayub on menang tanpa bertanding jawatan Presiden FAM. 🔥 @ASTROARENA pic.twitter.com/gdoZs2Jdns— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 24, 2025
Joehari merupakan satu-satunya calon tunggal jawatan tertinggi FAM yang akan diangkat selaku presiden kelapan sejak 1951 dan yang pertama dari Sabah.
"Kami sememangnya banyak bekerjasama dan belajar daripada Tan Sri Hamidin Mohd Amin atas nasihat yang diberikan sebelum ini.
"Mungkin kami akan sentiasa meminta pandangan daripadanya selepas ini," tambahnya.
Must-Watch Video