Bekas ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, menafikan dakwaan dia akan mengisi 'kerusi panas' yang ditinggalkan Tomislav Steinbruckner untuk mengendalikan Terengganu bagi menghadapi baki saingan Liga Super 2024/25.

Ketika ini, Badrul Afzan bertindak selaku jurulatih sementara Skuad Penyu itu sejak jurulatih dari Croatia berkenaan mencapai persetujuan melepaskan jawatannya secara persetujuan bersama.




Turut mengikuti proses berkenaan ialah dua staf di barisan kejurulatihannya, iaitu Ivica Vranjes (penolong jurulatih) dan Hrvoje Bradasic (jurulatih kecergasan).

"Saya pun tak tahu apa berita pun dan saya tak dengar apa-apa berita dari Terengganu FC. Jadi saya fikir itu khabar angin sahaja" katanya kepada sebuah akhbar tempatan hari ini.

Untuk rekod, jurulatih berusia 56 tahun itu sebelum ini melatih kelab Thailand, Police Tero, di mana kelab berkenaan tersingkir ke liga divisyen dua Thailand selepas hanya mengumpul 28 mata selepas 30 perlawanan.