Persatuan Bolasepak Perak mengumumkan pembentukan skuad bola sepak yang akan bernaung di bawah badan induk itu bermula musim hadapan.
Dalam satu kenyataan rasmi, PAFA mengesahkan penyertaan dalam Liga A1 Semi-Pro sebagai kebangkitan semula dan melalui fasa permulaan daripada struktur asas iaitu pendedahan kepada akar umbi.
Ia juga dianggap sebagai pemulihan dan pembangunan semula bola sepak negeri itu.
Langkah penyelamatan itu dibuat bagi mengembalikan maruah bola sepak Perak dengan terus membina pasukan berdaya saing dan akan kembali memeriahkan kancah tertinggi tempatan suatu hari nanti.
Ketika pertemuan antara presiden, Datuk Azhar Jamaluddin, dan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, empat perkara utama yang dibincangkan ialah penyertaan Perak dalam liga amatur, fokus mempersiap pasukan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma), termasuk pembentukan skuad Piala Belia dan Piala Presiden 2026 dan penganjuran liga akar umbi.
Namun, seperti laporan Stadium Astro sebelum ini, Pengerusi kelab Perak, Datuk Seri Azim Zabidi, kesal dengan tindakan PAFA yang tidak menghulurkan bantuan, sebaliknya memilih membentuk pasukan baru dengan secara terbuka mohon bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi membiayai pasukan baru itu.
Menurut Azim, jika bantuan yang sama mampu diberikan ke atas Perak, penyokong mereka tidak perlu menunggu lama untuk pasukan itu kekal beraksi dalam Liga Super, di mana mereka ketika itu hanya memerlukan kurang daripada RM5 juta untuk menyelesaikan masalah kewangan.