Skip to main content

Bola Sepak

Azwan Ali terlepas aksi bertemu Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azwanali.jpg
Pembentukan pasukan terbaik Asia Tenggara sedang memasuki fasa akhir tatkala berbaki 19 hari sahaja lagi bertemu gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, dalam perlawanan pramusim Maybank Challenge Cup Malaysia. 

Ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik, selaku pengendali ASEAN All-Stars, telah mengenal pasti pemain daripada kesemua 12 negara termasuk beberapa pertukaran pemain yang gagal mewakili pasukan itu ekoran tidak mendapat pelepasan atau mengalami kecederaan. 

Terbaru, Azwan Ali Rahman yang merupakan tonggak Brunei DPMM dipilih selaku wakil tunggal negara itu terpaksa menarik diri selepas khidmatnya diperlukan oleh majikannya untuk aksi getir saingan liga Singapura.

 

Untuk rekod, pemain berusia 33 tahun itu sudah melakukan 27 penampilan sambil mencatatkan lapan gol bersama skuad kebangsaan Brunei.

Setakat ini, tiada maklum balas berkenaan siapakah pengganti kepada Azwan Ali dari Brunei yang akan mengisi slot tersebut. 
 

Advertisement

Must Watch Video