Skip to main content

Bola Sepak

Azwan Ali dipilih sertai ASEAN All-Stars robek Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azwanali.jpg
Kehangatan perlawanan pramusim melibatkan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, semakin dirasai apabila pasukan terbaik Asia Tenggara sedang giat mengesan beberapa bintang daripada 12 negara untuk bersatu membentuk skuad terhebat.

Selepas pelantikan ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik, selaku pengendali ASEAN All-Stars, tujuh negara sudah mula menyenaraikan pemain untuk mewakili pasukan itu menunjukkan belang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 28 Mei ini.

Kan Mo dan Andres Nieto dari Kemboja bersama-sama ketua pasukan Laos dan Myanmar, Bounpachan Bounkong dan Maung Maung Lwin, menyertai panggilan utama selain Nguyen Hoang Duc, Nguyen Quang Hai dan Do Duy Manh dari Vietnam mula menghiasi senarai.

 

Pemain kebangsaan Indonesia, Muhammad Ferarri dan Asnawi mangkualam, menjadi pemain seterusnya disusuli satu nama yang cukup terkenal dalam kancah Liga Singapura sebelum ini.

Azwan Ali Rahman yang merupakan tonggak Brunei DPMM dipilih selaku wakil tunggal negara itu disebabkan kelincahan yang dimilikinya bakal memberi tonik tambahan kepada ASEAN All-Stars.

Untuk rekod, pemain berusia 33 tahun itu sudah melakukan 27 penampilan sambil mencatatkan lapan gol bersama skuad kebangsaan Brunei. 

Advertisement

Must Watch Video