Skip to main content

Bola Sepak

Austin digantung dua perlawanan akibat tingkah laku ganas

charlie-austin.jpg
Penyerang Southampton, Charlie Austin, digantung dua perlawanan selepas mengaku melakukan tingkah laku ganas ketika menentang Manchester City bulan lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu diejek penyokong selepas dibuang padang pada minit ke-68 di Stadium St Mary dan dilihat menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong City dalam perlawanan itu.

Persatuan Bolasepak England (FA) menjatuhkan hukuman kepada Austin di atas dakwaan "melakukan tingkah laku ganas dan/atau memalukan".

Dengan hukuman itu, Austin akan terlepas aksi menentang Leicester City esok.

Dia turut akan terlepas perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA menentang Derby County, Rabu depan.

Penggantungan Austin memberi kesukaran buat pengendali pasukan, Ralph Hasenhuttl, melengkapkan bahagian serangan dengan Manolo Gabbiadini sedang melengkapkan perpindahan ke pasukan Serie A, Sampdoria.

Advertisement

Must Watch Video