Pierre-Emerick Aubameyang meluahkan keinginannya untuk mengulangi pencapaian Thierry Henry selepas berpindah dari Borussia Dortmund.
Kehadiran Aubameyang di Stadium Emirates dengan nilai perpindahan sebanyak GBP56 juta (RM309 juta) telah diumumkan semalam.
Bekas penyerang Saint-Etienne itu merupakan seorang pemain yang tidak diragui, dengan Aubameyang telah menjaringkan 13 gol dalam 16 penampilan dalam saingan Bundesliga musim ini.
Dia dijangka akan melalui perkara yang sama bersama Arsenal, memiliki kepantasan dan tajam di depan pintu gol, antara kualiti yang sama dimiliki legenda Arsenal, Henry.
Aubameyang dilaporkan menyarung jersi nombor 14 dan dia mahu mengulangi pencapaian yang diraih oleh bekas pemain kebangsaan Perancis itu.
"Saya sangat gembira kerana tiba di sini. Saya akan menyertai Henrikh Mkhitaryan di Arsenal. Jadi, saya sangat gembira kerana akhirnya bersama pasukan yang berkualiti seperti Arsenal," katanya.
"Saya berasakan kelab ini mempunyai sejarah dengan pemain-pemain yang berkualiti seperti Henry. Dia merupakan contoh terbaik kepada pemain-pemain muda.
"Dia sangat pantas dan banyak menjaringkan gol. Saya mahu mengulangi pencapaiannya," katanya lagi.