Skip to main content

Bola Sepak

Aubameyang dipinggirkan Arsenal buat kali ketiga

aubameyang.jpg
Mikel Arteta mengesahkan Pierre-Emerick Aubameyang belum bersedia untuk diturunkan apabila mereka menghadapi Leeds United selepas diketepikan daripada skuad untuk dua perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Aubameyang dilaporkan pulang lewat dari Perancis dan tidak terlibat ketika The Gunners menewaskan Southampton 3-0 di laman sendiri, minggu lalu. 

Penyerang Gabon itu kemudian dilucutkan jawatan selaku ketua pasukan dan sekali lagi digugurkan ketika The Gunners meraih kemenangan 2-0 dalam 'derby' London ke atas West Ham untuk ke tangga keempat dengan memintas The Hammers. 

Kejayaan itu hadir tanpa kehadiran Aubameyang dan ia membuktikan mereka dalam peralihan terhadap pergantungan kepada khidmat pemain berusia 32 tahun itu yang sekadar berjaya mencetak empat gol liga dalam 14 penampilan musim ini.

Anak buah Arteta akan ke Elland Road, awal pagi esok, tanpa kelibat bekas kapten mereka itu, namun pengurus kelahiran Sepanyol tersebut enggan mengulas lanjut mengenai masa depan bintang bintang berkenaan. 

"Tidak, Aubameyang belum tersedia untuk diturunkan," kata Arteta dalam sidang akhbar menjelang perlawanan menentang Leeds.

 

Tiada kapten pengganti tetap yang telah dipilih oleh Arteta dengan pengurus Arsenal itu nampaknya berpuas hati bagi menggilirkan tugas kepimpinan berkenaan untuk jangka pendek.

Dia memilih Martin Odegaard yang berusia 23 tahun -- yang memakai lilitan untuk Norway -- sambil memuji tahap profesionalisme pemain tengah menyerang itu.

“Dia sangat muda tetapi dia sudah mempunyai pengalaman luas di kelab berbeza dan di peringkat antarabangsa,” sambung Arteta.

"Dia semakin hampir ke tahap terbaiknya, saya tidak pasti sejauh mana kemampuannya, terpulang kepada bakat dan keinginannya. Kami mempunyai seorang pemain yang hebat di sini. 

"Dia seorang pemimpin semula jadi. Jika anda mencari profesional yang sempurna, dia tidak akan jauh dari situ."


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video