Skip to main content

Bola Sepak

Atletico tetap dambakan penyerang baru, kata Simeone selepas sukar tembusi Elche

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

correa.jpg
ATLETICO 1 ELCHE 0 

Diego Simeone mendedahkan Atletico Madrid masih berada di pasaran memburu seorang penyerang selepas menang tipis Elche 1-0, awal pagi tadi. 


Gol ketiga Angel Correa dalam dua perlawanan awal musim ini terbukti menjadi penentu perlawanan ketika Atletico berjuang untuk mencatat kemenangan pembukaan berturut-turut buat kali keempat di bawah asuhan Simeone.

Penyudah berbisa pada minit ke-39 itu merupakan gol kelapannya dalam 10 perlawanan terakhirnya selepas sekadar menyumbangkan tujuh gol dalam 63 aksi terakhirnya buat juara bertahan LaLiga berkenaan.


 

Luis Suarez dimasukkan selepas sejam permainan, tetapi Atletico tetap mendambakan seorang penggempur baru dengan laporan usaha mendapatkan Dusan Vlahovic baru-baru ini tidak membuahkan hasil. 

Ketika diminta untuk mengemas kini situasi penyerang baru, Simeone menjawab: "Ketika kami mempersiapkan skuad, kami merancang untuk memiliki dua pemain di setiap posisi.

"Sekiranya tidak dapat dicapai, kami akan tetap mencari jalan keluar seperti yang selalu kami lakukan."

Berikutan peningkatan jaringan Correa, Simeone menambah: "Pertama sekali, dia beraksi di mana dia berasa paling selesa.

"Di tengah serangan, dia memiliki larian dan gerakannya dinamik, lebih baik daripada yang lain. Kini dia memiliki lebih banyak kekuatan yang memberinya ketenangan dalam soal pemikiran selain kepercayaan diri. Ia memungkinkannya memiliki keyakinan lebih tinggi."
 

Advertisement

Must Watch Video