Skip to main content

Bola Sepak

Arteta terlepas pertemuan Arsenal-Man City selepas positif COVID-19

mikel-arteta.jpg
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, telah diuji positif COVID-19 dan bakal terlepas perlawanan Gunners bertemu Manchester City pada Hari Tahun Baru.

Arteta merupakan antara terkesan dengan penularan COVID-19 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Mac 2020, di mana menyaksikan perlawanan Arsenal bertemu Manchester City di Stadium Emirates ditunda pada ketika itu.

Pasukan Utara London itu telah menang empat perlawanan liga, termasuk kemenangan 5-0 ke atas Norwich City.

Menurut kenyataan dikeluarkan laman web rasmi Arsenal, "Mikel Arteta akan terlepas perlawanan bertemu Manchester City pada Hari Tahun Baru selepas diuji positif COVID-19.

"Mikel mengasingkan diri selaras dengan garis panduan Kerajaan dan kami mengucapkan selamat maju jaya."

City, di mana Arteta pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih kepada Pep Guardiola sebelum berpindah ke Gunners pada 2019, telah memenangi sembilan pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan.

Advertisement

Must Watch Video