Skip to main content

Bola Sepak

Arteta kagum kematangan barisan pemain Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mikel-arteta_1b06eaes3dcte1pb7gyisohplp.jpg
Mikel Arteta percaya Arsenal menunjukkan mereka menjadi 'lebih matang' dalam kemenangan di Brighton and Hove Albion yang meletakkan mereka tujuh mata di hadapan di puncak Liga Perdana Inggeris.

Keputusan seri untuk Manchester City dan Newcastle United menentang Everton dan Leeds United masing-masing lebih awal pada Malam Tahun Baru memberi peluang kepada Gunners untuk meningkatkan pendahuluan mereka di puncak.

Arsenal berjaya meraih tiga mata di Stadium Amex, Bukayo Saka meletakkan mereka dalam perjalanan dengan gol seawal 66 saat.

Kapten yang memberi inspirasi, Martin Odegaard, menggandakan pendahuluan Arsenal dan Eddie Nketiah menambah gol ketiga, dengan Gabriel Martinelli melengkapkan kemenangan sementara tuan rumah memperoleh jaringan menerusi Kaoru Mitoma dan Evan Ferguson.

Mitoma kelihatan menjadikan perlawanan makin sengit di penghujung permaina apabila meledak gol kedua, namun ia dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Arsenal kini memperoleh lima kemenangan berturut-turut dalam saingan liga dan Arteta berpendapat mereka berkembang dengan setiap kemenangan.

Ketua jurulatih The Gunners berkata, "Pasukan semakin matang dan perlawanan ini adalah satu ujian besar.
 

"Ia adalah kemenangan besar, saya sangat gembira. Ia adalah tempat yang sangat sukar untuk datang. Mereka adalah pasukan yang sangat bagus, mereka dilatih dengan sangat baik dan mereka menjadikannya sukar untuk kami. Kami juga menjadikannya sukar untuk mereka.

“Saya fikir kami sangat baik, terutamanya dalam fasa menyerang apabila kami mempunyai ruang, dan cara mereka bertahan menjadikan ia sangat terbuka dan kami memanfaatkannya sepenuhnya."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video