Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal-United bertemu dalam pusingan keempat

nemanjamaticalexandrelacazette.jpg
Arsenal akan menerima kunjungan Manchester United dalam pusingan keempat Piala FA manakala Burnley bakal bertandang ke Stadium Etihad bertemu Manchester City.

Skuad kendalian Unai Emery itu menewaskan Blackpool 3-0, Sabtu lalu, selepas Ole Gunnar Solskjaer mengekalkan rekod kemenangan  selaku pengurus sementara menggantikan Jose Mourinho menerusi kemenangan 2-0 ke atas Reading.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), City, berdepan Burnley di laman sendiri dalam pusingan ketiga musim lalu, di mana mereka tewas 4-1.

Penyandang juara, Chelsea, berkemungkinan bertemu Sheffield Wednesday atau Luton Town di Stamford Bridge manakala Wolves -- yang menyingkirkan Liverpool 2-1 awal pagi tadi -- bakal berdepan Shrewsbury Town atau Stoke City.

Kelab Liga Dua, Oldham Athletic, dan Newport County melakar kejutan dengan menyingkirkan kelab EPL, Fulham dan Leicester City.

Kejayaan Oldham itu menyaksikan mereka akan bertemu Doncaster Rovers manakala skuad kendalian Tony Pulis, Middlesbrough, akan menerima kedatangan Newport County.

Barnet merupakan satu-satunya kelab bukan liga yang masih bersaing dan perlu bertemu Brentford.

Aksi pusingan keempat akan berlangsung di antara 25 dan 28 Januari.

Undian penuh pusingan keempat Piala FA:

Swansea City lwn Gillingham
AFC Wimbledon lwn West Ham
Shrewsbury Town/Stoke City lwn Wolves
Millwall lwn Everton
Brighton and Hove Albion lwn West Brom
Bristol City lwn Bolton Wanderers
Accrington Stanley lwn Derby County/Southampton
Doncaster Rovers lwn Oldham Athletic
Chelsea lwn Sheffield Wednesday/Luton Town
Newcastle United/Blackburn Rovers lwn Watford
Middlesbrough lwn Newport County
Manchester City lwn Burnley
Barnet lwn Brentford
Portsmouth lwn QPR
Arsenal lwn Manchester United
Crystal Palace lwn Tottenham

Advertisement

Must Watch Video