EPL
Arsenal tidak lagi goyah taktikal fizikal seteru
Arsenal mahu menyampaikan jelas kepada pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa mereka merupakan prospek juara apabila bertandang ke Crystal Palace awal pagi ini.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya anak buahnya sudah mengubah pandangan orang ramai terhadap keupayaan mereka selepas mencatat kemenangan di Selhurst Park pada hari pembukaan musim lalu.
The Gunners menang 2-0 ketika memulakan kempen dengan sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan awal, jauh berbeza daripada tahun sebelumnya apabila mereka memulakan kempen tewas di Brentford.
Iklan
"Ya dan ia membantu keyakinan pasukan apabila kami berdepan perlawanan seperti ini dengan memaksa diri untuk menghantar mesej itu,' katanya dalam sidang media.
Matchday ready ? pic.twitter.com/oZbls0t1lU— Arsenal (@Arsenal) August 20, 2023
"Saya lebih gusar tentang mesej yang kami hantar kepada diri sendiri berbanding mana-mana mesej dari luar.
"Tetapi saya fikir ia adalah yang penting. Anda memerlukan alasan sebegini dan memaksa diri anda dan amat sukar untuk melakukannya.
"Kami sudah menimba pengalaman ini di Brentford. Ia akan membawa perbezaan dalam pertemuan ini. Mereka tersusun, mereka tidak mudah dibolosi dan ia akan menjadi ujian yang sukar buat kami."
Sehubungan itu, dia yakin kelibat Kai Havertz dan Declan Rice mampu membantu Arsenal dalam permainan fizikal.
"Kami perlu bersedia dengan permainan fizikal,' tambahnya.
"Kami perlu bersedia dan kini kami mempunyai skuad yang lebih berkebolehan untuk beraksi seperti itu dengan lebih baik."
Must-Watch Video