EPL
Arsenal, Spurs dan Liverpool sertai Man Utd dalam Jelajah Asia
Gergasi kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United, dijadual mengadakan jelajah Asia dengan beberapa siri perlawanan persahabatan di beberapa negara yang bakal dilawati.
Antara negara yang akan disinggah kelab kendalian Ruben Amorim itu termasuklah Malaysia.
Perlawanan persahabatan membabitkan kelab itu dengan ASEAN All-Star turut dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei sebelum The Red Devils terbang ke Hong Kong pada 30 Mei.
Iklan
Kali terakhir kelab itu melakukan jelajah Asia adalah pada tahun 2022 ketika menentang Liverpool di Thailand.
Siri jelajah ini adalah untuk menyusun atur strategi baru kelab itu sebelum mengharungi musim baru Liga Perdana Inggeris 2025/26.
Selain United, beberapa kelab besar Inggeris turut rancang untuk mengadakan siri jelajah Asia termasuk Arsenal, Tottenham Hotspur dan Liverpool.
Ketiga-tiga kelab itu dijangka mengadakan siri lawatan ke Hong Kong Julai depan.
Must-Watch Video