Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal mahu VAR lebih konsisten

var_r.jpg
Aaron Ramsdale dan penolong jurulatih Arsenal, Albert Stuivenberg, mengeluh tentang kekurangan konsistensi dengan penggunaan VAR dalam pertembungan penting semalam dengan Manchester City.

The Gunners berasa sukar selepas mereka dinafikan penalti pada separuh masa pertama apabila Ederson diadili telah mendapatkan bola apabila dia menerjah ke arah Martin Odegaard, sebelum City dihadiahkan sepakan penalti mereka sendiri berikutan pemeriksaan VAR tidak lama selepas itu.

Bernardo Silva dijatuhkan Granit Xhaka, dengan pengadil, Stuart Attwell, mengubah keputusannya susulan tidak memberikan penalti selepas menilai semula menerusi paparan skrin VAR.

Riyad Mahrez menyempurnakan jaringan menafikan jaringan pembukaan Bukayo Saka, sebelum Gabriel Magalhaes dilayangkan kad kuning atas terjahan terhadap Gabriel Jesus.

Arsenal berang dengan dua keputusan itu, dan kemarahan mereka bertukar menjadi kekecewaan pada penghujung permainan apabila Rodri memastikan tiga mata dibawa pulang dengan memastikan kemenangan dramatik 2-1 di Emirates.

Ketika Arsenal perlu mempertimbangkan sikap kurang disiplin di atas padang -- kad merah dilayangkan kepada Gabriel menyebabkan Gunners menerima 100 kad merah dalam Liga Perdana Inggeris, pasukan pertama yang mencapai jumlah itu -- penjaga gol Ramsdale mengecam penggunaan teknologi video.

"Keputusan VAR tidak konsisten, pengadil mudah mengubah keputusan berdasarkan apa yang disaksikan dalam skrin di tepi padang," kata Ramsdale kepada BBC Sport.

"Namun dia telah menafikan dua sepakan penalti, satu untuk kami dan satu untuk City, namun menyaksikan ulang tayang terjahan Xhaka terhadap Silva.

"Terjahan Ederson terhadap Martin ternyata merupakan sepakan penalti yang harus diberikan. Saya kurang faham dan keputusan yang kurang konsisten menjejaskan rentak perlawanan."

Stuivenberg yang bertindak sebagai pengganti Mikel Arteta yang positif COVID-19, turut meluahkan kekecewaan yang terpaksa dihadapi Arsenal.

"Kami sangat kecewa dengan keputusan jika anda bermain perlawanan seperti ini menentang salah satu pasukan terbaik di dunia. Akhirnya kami tidak memiliki sebarang mata dan ia amat mengecewakan kerana kami sepatutnya memenangi perlawanan itu," katanya kepada BBC Sport.

Advertisement

Must Watch Video