Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal: Jurrien Timber berdepan rehat panjang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurrien-timber.jpg
Pertahanan Arsenal, Jurrien Timber, akan berjumpa pakar untuk menentukan tahap kecederaan lututnya dengan laporan mengaitkan dia berkemungkinan berehat lama.

Pemain Belanda itu, yang ditandatangani dari Ajax, perlu diberikan rawatan di atas padang pada awal separuh masa kedua dalam kemenangan hujung minggu lalu, ke atas Nottingham Forest dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL).

 

Menurut laporan, Timber telah mengalami kecederaan ligamen lutut 'ACL' yang jika disahkan akan menyaksikan pertahanan Belanda itu berdepan tempoh pemulihan yang panjang dan mungkin akan dikeluarkan hingga awal 2024.

The Gunners mengesahkan bahawa penilaian lanjut akan diperlukan untuk menentukan jangka masa buat Timber kembali beraksi.

Advertisement

Must Watch Video