EPL

Arne Slot terkejut Liverpool buat banyak kesilapan dalam satu perlawanan

Stadium Astro
Ammar Hakim
07/04/2025
01:52 MYT
Sponsor Banner
Arne Slot terkejut Liverpool buat banyak kesilapan dalam satu perlawanan
Pengurus Liverpool, Arne Slot, mengakui tidak biasa menyaksikan terlalu banyak kesilapan dilakukan pendahulu Liga Perdan Inggeris (EPL) itu ketika meratapi kekalahan 2-3 di tangan Fulham menyaksikan rentetan 26 perlawanan tanpa kalah berakhir.
Di sebalik jaringan pembukaan Alexis Mac Allister, Liverpool dihadiahkan kekalahan kedua musim ini, dengan Fulham meledak gol menerusi Ryan Sessegnon, Alex Iwobi dan Rodrigo Muniz.
Pemain gantian, Luis Diaz, turut menemui jaringan ia sekadar bersifat gol saguhati ketika Liverpool tewas buat kali pertama sejak diatasi Nottingham Forest 1-0 di Anfield September lalu.
Keputusan itu menyaksikan The Reds gagal menggunakan peluang di sebalik Arsenal tercicir mata kerana seri 1-1 dengan Everton dalam aksi sebelum ini.
"Ia bukan 45 minit yang teruk tetapi kesilapan yang kami lakukan bukanlah sesuatu yang biasa kami lakukan dan ia adalah sesuatu yang berbeza," kata Slot.
“Ia mengecewakan kami semua, pemain dan peminat.
"Satu sebab kami berada dalam kedudukan yang kami ada adalah kerana kami tidak melakukan banyak kesilapan dan jika kami melakukannya, pemain cuba menebusnya."
“Untuk jaringan kedua, bola itu sepatutnya melepasi palang sebaliknya dia menemui jaring. Jika anda membuat kesilapan, mereka [Fulham] memiliki kualiti untuk menghukum.
“Separuh masa kedua kami menghasilkan lebih banyak peluang namun masa tidak cukup. Kami mampu mendapatkan gol ketiga.
“Kami akan berehat dan berlatih dalam tempoh satu minggu sebelum bertemu West Ham. Semua menyedarinya dan kami perlu berusaha sepanjang 90 minit.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video