Skip to main content

Bola Sepak

Arif Aiman kena serbu penyokong Iran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-aiman-ig.jpg
Laman Instagram bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, kini sedang diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.

Ini selepas pemain berusia 23 tahun berkenaan dikaitkan untuk menyertai kelab itu.

Baru-baru ini, laman bola sepak terkemuka, Transfermarkt, mengaitkan pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu untuk menyertai juara 16 kali Persian Gulf Pro League berkenaan.

Tidak lama selepas itu, laman Instagram milik pemain negara itu mula diserbu penyokong Persepolis, yang menggesa Arif Aiman menyertai mereka.

Menariknya, ada juga penyokong pasukan seteru yang mahu bintang Harimau Malaya itu menyertai kelab mereka, antaranya dari Esteghlal dan Tractor.

Sebagai rekod, Persepolis ketika ini sedang menduduki tangga ketiga Pro League dengan 29 mata daripada 15 perlawanan, tiga mata di belakang pendahulu, Tractor.

 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video