Skip to main content

Bola Sepak

Arab Saudi pembida tunggal Piala Dunia 2034

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trofi-piala-dunia.jpg
Arab Saudi dijangka hampir pasti ditabalkan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034 selepas disahkan sebagai pembida tunggal untuk temasya itu.  Sebelum ini, Australia disebut-sebut satu-satunya pembida berpotensi tinggi tetapi beberapa jam sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) semalam, Bolasepak Australia mengumumkan bahawa mereka tidak akan membida. Badan induk dunia itu telah menyatakan bahawa kejohanan tersebut akan diadakan di Asia atau Oceania, manakala Arab Saudi telah meraih sokongan serta-merta daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Piala Dunia di Arab Saudi, mungkin tidak akan disahkan sehingga Kongres FIFA diadakan lewat tahun depan, yang berkemungkinan mengundang kontroversi besar susulan kebimbangan mengenai rekod hak asasi manusia di negara Timur Tengah itu. Ini bermakna edisi ini hampir pasti sekali lagi diadakan pada musim sejuk sebagaimana kejohanan di Qatar tahun lalu disebabkan suhu tinggi ketika musim panas di rantau itu.
 
FIFA dalam satu kenyataan berbunyi: "Kami akan mengadakan dialog dengan pembida-pembida bagi memastikan bidaan komprehensif diterima dan dinilai dalam aspek memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Jawatankuasa FIFA. "Dialog ini akan tertumpu kepada bahagian penting mengenai visi, skala, kemudahan, perkhidmatan, komersial, kelestarian dan hak asasi manusia."

Advertisement

Must Watch Video