ARAB SAUDI 4 KOREA UTARA 0
Arab Saudi menewaskan Korea Utara 4-0, sekali gus menyaksikan skuad pimpinan Juan Antonio Pizzi itu melakar permulaan penuh bergaya dalam saingan Kumpulan E, Piala Asia, awal pagi tadi.
Anak buah Pizzi merupakan pilihan utama untuk muncul juara dan mempamerkan aksi dominan berdepan Korea Utara, yang terpaksa bersaing dengan 10 pemain di Stadium Rashid.
Hatan Bahbri, Mohammed Al-Fatil, Salem Al-Dawsari dan Fawad Al-Muwallad merupakan pencetak gol buat juara Asia tiga kali itu dan dilihat mampu meraih lebih banyak jaringan.
Memulakan perlawanan seperti yang dirancang, Arab Saudi mencorakkan perlawanan menerusi dua gol yang dihasilkan dalam tempoh sembilan minit.
Gerakan solo yang dipamerkan Bahbri berjaya menarik perhatian, menggelecek melepasi barisan pertahanan sebelum melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Ri Myong-guk.
Sekali lagi penjaga gol itu ditewaskan apabila Al-Fatil pantas melakukan kuisan hantaran Hussain Almoqahwi bagi meletakkan mereka di hadapan dengan kelebihan dua jaringan.
Tugas Korea Utara bertambah sukar apabila Han Kwang-song dilayangkan kad kuning kedua apabila melakukan terjahan dari belakang terhadap Housain Al-Moqahwi.
Selepas Ali Hadi Albulayhi dan Yaseer Alshahrani melepaskan peluang, kapten pasukan, Al-Dawsari, memastikan tiga mata diraih Arab Saudi dengan gol ketiga pada minit ke-70.
Al-Muwallad melengkapkan kemenangan selepas menampan masuk hantaran Hamdan Al-Shamrani.
Lubnan menjadi lawan seterusnya buat Arab Saudi dalam misi memburu gelaran juara Asia buat kali keempat.