Skip to main content

Bola Sepak

Apa kata Cklamovski selepas Harimau Malaya tarik diri Piala CAFA?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter1.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan bahawa skuad kebangsaan tidak akan menyertai kempen Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) dari 26 Ogos hingga 9 September depan.

Hasrat untuk melihat Harimau Malaya bertemu pasukan terbaik rantau itu tidak kesampaian apabila melibatkan beberapa implikasi yang tidak dapat dielakkan.

Skuad Malaysia yang dijadualkan berdepan juara bertahan, Iran, yang berada di kedudukan ke-18 dunia tidak berhasil direalisasikan untuk peminat tempatan menyaksikan aksi itu selain Afghanistan dan Tajikistan.

Antara faktor yang menyebabkan keputusan itu diambil adalah kerana isu logistik, keperluan pemulihan pemain, serta implikasi terhadap bajet keseluruhan turut menjadi faktor penting.

 

Namun, reaksi ketua jurulatih, Peter Cklamovski, jelas kecewa dengan perkembangan itu tetapi kekal positif dan tetap merancang untuk mengadakan persiapan memperkuat pasukan menjelang jendela antarabangsa itu. 

“Kita memiliki pemain yang beraksi di liga terkemuka dunia seperti Sepanyol, Argentina, Colombia & Jepun.

"Untuk membawa mereka ke Tajikistan dalam masa yang singkat serta memastikan mereka bersedia beraksi pada tahap tertinggi adalah tidak realistik dalam jendela ini," katanya. 

Difahamkan, skuad negara akan menjalankan latihan di Kuala Lumpur, September depan. 

 

Advertisement

Must Watch Video