Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, gembira melihat ramai calon yang berminat bertanding dalam kongres pemilihan ke-63 persatuan itu Ahad ini.
Annuar, dalam status terbaharu laman Facebooknya, menyifatkan perkembangan itu sebagai isyarat masa depan yang lebih baik bagi bola sepak Kelantan.
“Saya gembira melihat ramai yang tampil bertanding jawatan dalam KAFA. Ini menandakan masa depan yang baik bagi bola sepak Kelantan.
“Saya juga gembira melihat calon-calon, terutama calon presiden, yang begitu komited dan dengan manifesto dan janji, termasuk untuk membawa perubahan, menyelesaikan hutang, menjaga kebajikan dan lain-lain lagi. Itulah yang kita harapkan,” katanya.
Annuar juga mengharapkan perubahan pucuk pimpinan akan berjaya membawa sinar kejayaan lebih gemilang kepada bola sepak Kelantan dan mengharapkan semua pihak memberi sokongan kepada pemimpin yang bakal dipilih Ahad nanti.
“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua. Kita gembira kerana akhirnya sudah ada sinar harapan baru bola Kelantan akan lebih berjaya dan lebih cemerlang.
“Giliran kita dipimpin dan kita beri sokongan kepada yang bakal memimpin. Majulah KAFA, Majulah Kelantan bersama The Red Warriors (TRW),” katanya.