Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti setuju kendali Brazil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ancelotti.jpg
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, dilaporkan sudah mencapai persetujuan lisan untuk menggalas peranan sebagai ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan Brazil mulai Jun depan. 

Spekulasi mengenai masa depan Ancelotti kian kencang dengan Real Madrid berisiko untuk mengakhiri musim ini dengan mengecewakan.

Juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) tumbang 1-5 kepada dalam suku akhir, manakala mereka gagal melepasi rintangan Barcelona dalam perlawanan akhir Copa del Rey, hujung minggu lalu. 

 



Ia kekalahan El Clasico ketiga mereka musim ini selepas turut diaibkan 4-0 dalam perlawanan liga, Oktober tahun lalu, serta 2-5 dalam final Piala Super Sepanyol, Januari lalu.

Lantas, kredibiliti Ancelotti di bangku simpanan Real Madrid mula diragui di sebalik memacu mereka menjuarai Piala Super UEFA dan Piala Antara Benua FIFA musim ini.

Advertisement

Must Watch Video