Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan bahawa Alejandro Garnacho masih mempunyai masa depan di Old Trafford walaupun dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pemain sayap Argentina berusia 20 tahun itu dilaporkan menarik minat kelab Serie A, Napoli, yang sedang mencari pengganti kepada Khvicha Kvaratskhelia, yang dijangka menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

Garnacho telah menyumbat tiga gol dalam 19 perlawanan EPL musim ini, namun tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk lima perlawanan terakhir liga.a

Bagaimanapun, Garnacho kembali ke pangkuan kesebelasan utama dalam aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Arsenal, Isnin lalu yang menyaksikan United bertahan dengan 10 pemain untuk keputusan seri 1-1 dalam masa tambahan sebelum menang menerusi penentuan penalti.

Ia merupakan penampilan pertama Garnacho dalam kesebelasan utama selepas lebih sebulan.

Pengurus United itu lantas menegaskan pemain tersebut masih menjadi sebahagian daripada perancangannya.

Ketika ditanya sama ada Garnacho masih mempunyai masa depan bersama kelab, Amorim berkata: “Itu jelas. Dia mempunyai bakat.

"Dia sedang mencari cara terbaik untuk bermain dalam sistem ini.



"Dia menunjukkan peningkatan dalam latihan.

“Dia memulakan perlawanan terakhir.

"Kita akan lihat kelak (menentang Southampton).

"Saya rasa dia telah mengubah cara dia melihat dirinya sendiri.”