Skip to main content

Bola Sepak

Amorim setuju Roy Keane label Manchester United memalukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amorim.jpg
Manchester United seharusnya menelan kritikan yang dilontarkan oleh bekas kapten Roy Keane, kata Ruben Amorim.

United berpeluang untuk menyelamatkan bukan sahaja trofi malah kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) berikutan musim yang sangat mengecewakan yang menyaksikan mereka menewaskan Athletic Bilbao secara agregat 7-1 dalam separuh akhir Liga Europa.

Mereka akan menentang Tottenham yang turut mengharungi kempen Liga Perdana Inggeris yang mengecewakan dalam perlawanan akhir pada 22 Mei depan.

Bagaimanapun, United mengharungi enam perlawanan liga tanpa kemenangan dan Keane menyifatkan prestasi liga mereka itu sebagai memalukan.

Mereka akan berdepan kelab di tangga, West Ham, yang hanya ketinggalan dua mata di belakang The Red Devils.

“Kami cuba melakukan yang terbaik tetapi saya bersetuju bahawa kami sepatutnya mampu melakukan lebih baik lagi,” kata pengurus itu kepada ESPN.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan mengenai kritikan itu kerana kami memang patut dikritik. 




"Jika kami tidak dapat menerima segala-galanya dalam musim seperti ini, saya fikir kami berada di laluan yang salah.

“Saya akui sepenuhnya dan saya bersetuju dengan semua pengkritik.

"Kami perlu bijak dan kami perlu mengambil risiko. 

"Kami perlu mengambil risiko kerana standard Roy Keane dan pemain sepertinya sangat tinggi. Tetapi saya perlu membuat pilihan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video