Selepas lima kekalahan dalam enam perlawanan, The Red Devils perlu keluar dalam dilema tersadai di pertengahan Liga Perdana Inggeris (EPL) sedangkan musuh ketat, Liverpool, selesa memimpin saingan.
Situasi semasa juga menyaksikan peminat tidak menolak peristiwa dimalukan 0-7 oleh Liverpool dua musim lalu mungkin berulang.
Menggambarkan moral rendah pasukannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Amorim bertindak jujur dengan berkata: "Mereka berasa cemas dan kadangkala gementar di atas padang.
"Kami perlu menghadapinya. Kami memerlukan pemimpin untuk meningkatkan moral dan membantu rakan sepasukan. Di sini saya adalah orang yang paling bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi.
Two Reds are back in contention for Sunday's game ℹ️#MUFC || #PL
— Manchester United (@ManUtd) January 4, 2025
"Anda boleh lihat pemain sedang mencuba. Kadang-kadang mereka terlalu cemas dan terlalu gugup untuk bermain kerana ini adalah saat yang sukar.
"Baru dua hari kami dapat melakukan perkara asas, menumpukan kepada idea permainan kami.
"Penyokong sudah muak dengan detik ini jadi adalah pelik untuk mendengar mereka melaungkan nama saya.
"Saya mencurahkan segala-galanya untuk membantu kelab ini. Saya tahu ia sukar untuk difahami ketika ini tetapi kami akan berjaya."