Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, berkata punca dia mula bercakap tentang penyingkiran adalah kerana kelab itu memerlukan satu kejutan besar.

Tatkala masa mencemburuinya untuk membentuk percaturan mantap, Amorim tidak berselindung bahawa adalah sesuatu yang memalukan sebuah kelab seperti United diancam penyingkiran.

Lantas, dia memikul sebahagian daripada kesalahan itu sendiri kerana tidak mampu mengubah nasib The Red Devils yang menghuni tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tumbang 0-2 kepada Newcastle United -- kekalahan kelima daripada enam perlawanan -- di tempat sendiri, semalam.

"Orang sudah muak dengan alasan di kelab ini.

"Kadang-kadang saya bercakap tentang penyingkiran kerana kelab kami memerlukan kejutan. Ia mengejutkan," katanya.

“Ketika ini ia juga silap saya kerana saya rasa pasukan masih belum meningkat.



"Ia agak kacau-bilau pada ketika ini.

"Agak memalukan sebagai jurulatih Manchester United dan menanggung banyak kekalahan.

"Apa pun kami tetap perlu menempuh detik-detik sukar ini."