Skip to main content

Bola Sepak

Amaran awal buat Harimau Malaya, Nepal tewaskan Singapura

nepal-vs-singapura.jpg
Nepal memperoleh tonik terbaik menjelang aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia apabila menewaskan Singapura 1-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Singapura sebentar tadi.

Dalam perlawanan pemanas badan itu, gol tunggal Nepal dijaringkan oleh Gillespye Jung Karki pada minit ke-12.

The Gorkhalis selepas ini akan bertemu Harimau Malaya dalam aksi pembukaan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa ini.

 

Advertisement

Must Watch Video