EPL
Amad Diallo hampir pasti terlepas aksi hingga tamat musim
Amad Diallo bertekad untuk kembali lebih kuat selepas pemain sayap Manchester United itu mengalami kecederaan buku lali yang dijangka akan menamatkan musimnya.
Spekulasi Diallo mengalami kecederaan ligamen buku lali ketika sesi latihan mula bertiup sejak semalam dan dijangka akan menamatkan kempennya musim ini.
Pemain berusia 22 tahun itu merupakan antara tonggak utama sejak ketibaan Ruben Amorim di United pada November lalu.
Iklan
Diallo telah menjaringkan sembilan gol serta mencipta tujuh bantuan jaringan pada musim ini termasuk gol lewat ke atas seteru kota, Manchester City, pada Disember lalu.
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu yang menandatangani kontrak baru lima tahun pada bulan lalu mengesahkan berita kecederaannya itu di media sosial.
"Amat kecewa kerana terpaksa menulis mesej ini pada masa yang begitu genting musim ini," tulisnya di Instagram.
“Malangnya, saya akan berehat seketika gara-gara kecederaan.
"Saya akan kembali lebih kuat dari sebelumnya! Masa untuk menyokong rakan-rakan dari tepi padang. Masih banyak perlawanan untuk diharungi."
Must-Watch Video