Skip to main content

Bola Sepak

Almeida puas hati, UITM dapat suntikan insentif

almeida_1.jpg
Melaka ternyata lega apabila masih mampu mara ke suku akhir meskipun tewas dalam aksi terakhir Kumpulan C sementara ganjaran tetap menanti UiTM FC biarpun tersingkir daripada saingan Piala Malaysia 2017.

Melaka harus berterima kasih kepada Kedah yang menundukkan Kelantan di Alor Setar, sekaligus membuka jalan buat mereka meneruskan kemaraan.

Bagi jurulatih Melaka, Eduardo Almeida, perasaannya bercampur-baur, gembira kerana mampu ke kelompok lapan terbaik, namun tidak berpuas hati dengan persembahan ditampilkan anak buahnya sehingga dibelasah 5-3. 

Tugas berat menati Almeida untuk mempersiapkan skuadnya yang akan berdepan kelab gergasi, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam suku akhir.

"Segala yang bakal kami perolehi selepas ini adalah bonus kerana sasaran kami hanyalah melayakkan diri ke suku akhir. Jadi, ketika ini kami tidak akan kerugian apa-apa. 

"Sasaran kami sudah pun terlaksana dalam Piala Malaysia dan fokus utama kami musim ini adalah memastikan kami kekal dalam Liga Super," jelas Almeida.

Pada masa sama, pengendali UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail, menyifatkan ia tetap kempen Piala Malaysia yang cemerlang memandangkan ini merupakan penampilan pertama mereka dalam saingan ini.

Banyak perkara telah dibuktikan sepanjang kempen, antaranya membuktikan mereka bukan pasukan belasahan seperti yang disangka ramai pihak di awal musim.

Dengan riak wajah ceria, Wan Mustaffa turut mendedahkan anak buahnya bakal mendapat suntikan insentif.

"UiTM ikut bonus pelajar bukan seperti pemain lain.

"Pihak pengurusan ada menjanjikan bonus untuk mereka, jadi saya mahu mengucapkan tahniah atas persembahan mereka," ujar Wan Mustaffa.
 

Advertisement

Must Watch Video